Pengerusi Ketua Turus Bersama
Pengerusi Ketua Turus Bersama

Pengerusi Ketua Turus Bersama

Pengerusi Ketua Turus Bersama atau Chairman of the Joint Chiefs of Staff (CJCS), mengikut undang-undang AS, ialah pegawai tertinggi dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan penasihat utama ketenteraan kepada Presiden Amerika Syarikat, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Tanah Air, dan Setiausaha Pertahanan. Jawatan Pengerusi Ketua Turus Bersama lebih tinggi daripada posisi tentera yang lain, namun beliau tidak memiliki kuasa pemerintahan beroperasi keatas Angkatan Tentera; bagaimanapun, Pengerusi akan membantu Presiden dan Setiausaha Pertahanan dalam melaksanakan fungsi-fungsi pemerintahan mereka.Pengerusi mengadakan mesyuarat dan menyelaras kerja-kerja Ketua Turus Bersama (JCS), iaitu sebuah badan penasihat didalam Jabatan Pertahanan yang mengandungi Pengerusi, Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama, Ketua Turus Tentera Darat, Ketua Operasi Tentera Laut, Ketua Turus Tentera Udara, Komandan Kor Marin, dan Ketua Biro Pengawal Kebangsaan. Staf Bersama berada dibawah arahan eksklusif Pengerusi. Jawatan Pengerusi Ketua Turus Bersama adalah setaraf dengan Ketua Turus Pertahanan British, Inspektor Jeneral Bundeswehr Jerman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Pertahanan yang lain.